Tuesday 8 November 2011

KEMAHIRAN MENERANG DAN MEMPERKUKUH

Kemahiran menerang merupakan salah satu daripada komponen dalam kemahiran mikropengajaran. Kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman pelajar serta pelajar dapat mengikut arahan.

JENIS-JENIS PENERANGAN
• Penaakulan
• Interpretatif
• Diskriptif 

KOMPONEN MENERANG
• Ayat Pembukaan
• Isi kandungan
• Penghubung
• Ayat Penutup
• Soalan bagi Menaksir Kefahaman

4 PRINSIP UTAMA KEMAHIRAN MENERANG
• Gunakan kejelasan
• Gunakan penegasan
• Urutan/kesinambungan
• Dapatkan maklum balas

KEMAHIRAN MEMPERKUKUH (SECARA POSITIF)

TUJUAN :
• Meningkatkan interaksi bilik darjah
• Memperbaiki disiplin bilik darjah
• Memotivasi pelajar
• Meningkatkan keyakinan pelajar
• Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
• Meningkatkan kefahaman pelajar 

KOMPONEN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH (SECARA POSITIF)
• penggunaan bahasa lisan
• penggunaan tindakan bukan lisan
• penggunaan ganjaran
• penggunaan jawapan pelajar

PRINSIP MEMPERKUKUH (SECARA POSITIF)
• Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
• Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
• Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
• Bersifat ikhlas 

KEMAHIRAN MEMBUAT DEMONSTRASI

TUJUAN :
• Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
• Membantu pelajar membina kefahaman
• Merangsang pemikiran kritis dan kreatif 

KOMPONEN MEMBUAT DEMONSTRASI
• Membuat persediaan awal
• Menjalankan demonstrasi

JENIS-JENIS DEMONSTRASI
• Demonstrasi guru
• Demonstrasi guru-pelajar
• Demonstrasi pelajar
• Demonstrasi tetamu jemputan 

KEMAHIRAN MENGENDALI PERBINCANGAN

TUJUAN:
•Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
•Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
•Memperkukuhkan pembelajaran
•Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
•Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar 

LANGKAH-LANGKAH MENGENDALI PERBINCANGAN

PERANCANGAN :
•Tetapkan tujuan dan objektif
•Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
•Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

PELAKSANAAN :
•Mulakan dengan satu persoalan saintifik
•Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
•Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa pendapat kamu?”
•Aplikasi langkah-langkah menyoal
•Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
•Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin 

KEMAHIRAN MENGENDALI KERJA AMALI

TUJUAN :
• Meningkatkan penguasaan isi kandungan
• Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
• Membina kemahiran dan sikap saintifik
• Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
• Membina kemahiran praktik yang generik
• Membina pengetahuan sains secara empirik
• Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN

ASPEK KOGNITIF :
•Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
•Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
•Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
•Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
•Memberi kerja rumah/pembacaan yang

ASPEK SOSIAL :
Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa.

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

TUJUAN :
• Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
• Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
• Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme 

KOMPONEN KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

•Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
•Mengenal pasti sumber masalah
•Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
•Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
•Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
•Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan




1 comment: