Tuesday 8 November 2011

MIKROPENGAJARAN

Hari ini di dalam kelas saya belajar tentang kemahiran memulakan pengajaran. Secara keseluruhannya terdapat beberapa teknik untuk memulakan sesi pengajaran. Secara asasnya, untuk memulakan sesi pengajaran guru perlu memperuntukkan sedikit masa untuk set induksi iaitu satu sesi untuk menarik perhatian pelajar dan menimbulkan motivasi pelajar sebelum guru masuk ke fasa seterusnya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi ini adalah dalam lingkungan masa 5-10 minit sahaja.

Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran memulakan pengajaran. Antaranya ialah :
• Menarik perhatian
• Menimbulkan motivasi
• Menstruktur P&P
• Membuat perkaitan

Tujuan kemahiran memulakan pengajaran ialah :
• Menarik perhatian pelajar
• Membantu pelajar bersedia
• Memperkenalkan objektif pembelajaran
• Membina aliran pemikiran
• Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

Dalam kemahiran memulakan pengajaran guru perlu mencungkil idea pelajar. Selalunya idea pelajar adalah idea yang sedia ada ataupun idea spontan. Sebagai contoh, guru bertanyakan soalan kepada pelajar untuk pelajar mencungkil idea mereka. Setelah itu, guru membuat demonstrasi untuk menimbulkan unsur percanggahan idea antara pelajar. Demonstrasi ini adalah untuk teknik ramal, perhati dan terang. Melalui teknik ini,para pelajar boleh menjana lebih banyak idea dan berkongsi idea mereka dengan rakan pelajar yang lain.

Aktiviti dalam kuliah hari ini ialah: Membentangkan kemahiran memulakan pengajaran di hadapan kelas berdasarkan komponen dalam kemahiran memulakan pengajaran.

Selepas kemahiran memulakan pengajaran, saya belajar tentang dua konsep peta minda iaitu :
• Concept map
• Cartoon map

CONCEPT MAP
  • Bentuk visual yang menjelaskan perkaitan antara 1 konsep dengan konsep yang lain yang dihubungkan dengan anak panah dan terdapat frasa yang melengkapkan antara konsep tersebut.
  • Ia digunakan untuk menjana idea serta kreativiti seseorang
  • Kadangkala digunakan untuk Brain-storming



CARTOON MAP
  • Digunakan untuk mencungkil idea pelajar
  • Guru member dialog serta gambar lalu meminta pelajar memilih gambar yang mereka suka

Antara cara mencungkil idea pelajar ialah :
  • Soal jawab keseluruhan kelas
  • Perbincangan kumpulan
  • Demonstrasi guru
  • Kuiz pendek atau praujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept Cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
  • Interview about events
  • Interview about instances

No comments:

Post a Comment