Tuesday 8 November 2011

UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN

 
APA ITU UNIT PENGAJARAN??? 

UNIT PENGAJARAN = pelan instruksi atau pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihal tentang :
 
  •  Tajuk dan kegunaan unit
  • Pengetahuan sedia ada pelajar
  • Analisis isi kandungan pelajaran
  • Bahan bantu mengajar dan belajar
  • Kaedah pengajaran dan pembelajaran
  • Pelan penaksiran
  • Rancangan pengajaran harian


KOMPONEN 7 UNIT PENGAJARAN (RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN)

Pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi elemen berikut:
  • Tema/Tajuk
  • Bidang pembelajaran
  • Kumpulan sasar
  • Tarikh dan masa
  •  Tujuan
  • Hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor (kemahiran saintifik), afektif(sikap saintifik dan nilai murni)
  • Konsep saintifik utama
  • Bahan, peralatan dan bahan sumber
  • Langkah berjaga-jaga
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  •  Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran

PERKARA PENTING DALAM MERANCANG P&P

Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu perlu fleksibel dan boleh ubah mengikut keperluan. 

Soalan-soalan yang memandu perancangan
  • Apa tujuan pelajaran?
  • Apakah idea utama yang hendak diajar dan kaitannya dengan pelajaran terdahulu dan yang akan datang, dengan pengalaman pelajar di luar bilik darjah, dan dengan kurikulum atau mata pelajaran lain?
  • Bagaimana bahan dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira konteks p&p (spt kebolehan pelajar, fasiliti, dsbnya)?
  • Bagaimana hasil pembelajaran hendak ditaksir dan dinilai?
Rancang kaedah pengajaran komtemporari yang mempunyai ciri berikut :
  • Mementingkan penyoalan berbanding syarahan/ penerangan terus (more questioning, less explaining)
  • Lebih banyak kepelbagaian bahan dan aktiviti (hands-on, minds-on, hearts-on)
  • Lebih besar tanggungjawab pembelajaran diletakkan ke atas bahu pelajar
  • Mementingkan kefahaman idea dahulu berbanding melabel idea (ideas first, label later), iaitu mengutamakan urutan pengajaran secara induktif berbanding deduktif 
Tumpukan kepada kejayaan pengalaman pembelajaran pelajar berbanding penyampaian isi kandungan

No comments:

Post a Comment