Sunday 9 October 2011

REFLEKSI DEBAT DAN SEMINAR MALAYSIA & NUKLEAR

DEBAT PERDANA
Debat Perdana tentang "Relevankah Tenaga Nuklear Digunakan di Malaysia" telah dijalankan antara pelajar-pelajar kursus Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik) di Makmal Pengajaran Fizik. Dua orang wakil kerajaan dan dua orang wakil pembangkang mewakili pelajar-pelajar lain telah menjalankan debat ini. Butiran Debat Perdana adalah seperti berikut :

Aktiviti  : Debat Perdana
Hari       : Isnin (03/10/2011)
Masa     : 08.00 - 11.00 (pagi)
Tempat : Makmal Pengajaran Fizik

Debat dimulakan dengan usul daripada pihak kerajaan. Setiap wakil diberi masa selama tujuh minit untuk berdebat. Wakil kerajaan dan pembangkang sangat hebat melontarkan hujah masing-masing. Secara keseluruhannya wakil pembangkang lebih menonjol dan hebat melontarkan hujah mereka. Debat Perdana dihangatkan lagi dengan sesi soal jawab. Ramai pihak cuba menyangkal hujah daripada pihak pembangkang dengan menanyakan pelbagai jenis soalan. Nilai-nilai yang boleh diperolehi melalui debat ini ialah sifat kepimpinan, keberanian melontarkan pendapat dan kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan.

SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR
Seminar Malaysia dan Nuklear dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus KPD 3016 , Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik). Butiran seminar adalah seperti di bawah:

Aktiviti : Seminar Malaysia dan Nuklear
Hari      : Selasa (04/10/2011)
Masa     : 8.30 pagi- 12.30 pagi
Tempat : Auditorium Utama UPSI

Seminar ini berjalan dengan lancar dimulakan dengan majlis perasmian seterusnya ceramah nuklear daripada wakil agensi nuklear Malaysia. Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang nuklear yang saya perolehi melalui seminar ini. Pembentangan hasil kajian pelajar juga berjalan dengan lancar dan sangat menarik. Setiap kumpulan menbentangkan hasil kajian mereka dengan penuh semangat. Apa yang saya perolehi daripada seminar ini ialah tenaga nuklear merupakan suatu tenaga yang sangat berguna dan produktif untuk digunakan di Malaysia. Banyak pihak menyatakan keburukan tenaga nuklear namun setelah mengikuti seminar ini saya yakin tenaga nuklear adalah selamat dan boleh digunapakai di Malaysia. Apa yang diperlukan ialah kajian yang lebih mendalam lagi terhadap tenaga ini sebelum ia digunakan.

No comments:

Post a Comment