Tuesday 27 September 2011

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

PELAJARAN HARI INI (22 SEPTEMBER 2011)
Hari ini saya belajar tentang model instruksi / pengajaran. Terdapat beberapa asas pembinaan model instruksi / pengajaran. Antaranya ialah :
  • Berasaskan teori pembelajaran (behavioris, kognitivis, humanis, sosialis, konstruktivis)
  • Berasaskan pemusatan guru atau pelajar
  • Berasaskan bilangan pelajar (beramai-ramai, berkumpulan, individu)
  • Berasaskan darjah penstrukturan (degree of structuredness)

Hari ini di dalam kelas, pensyarah lebih menekankan model instruksi / pengajaran yang berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme = proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina pengetahuan ikut pengalaman. Pembelajaran hasil daripada usaha murid sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.

Untuk memahami pengajaran dengan berkesan, pelajar perlu mencapai ketiga-tiga aspek berikut :
  • minds-on
  • hands-on
  • hearts-on

Prinsip asas konstruktivisme
  •  Pelajar membina, meruntuh dan membina semula pengetahuan pelajar sendiri
  • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
  • Pembelajaran berlaku apabila pelajar menstruktur semula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Prinsip pembelajaran konstruktivisme
  •  Pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif
  • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial
  •  Pembelajaran melibatkan usaha
  • Pembelajaran perlu ada konteks
  • Pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar
 

    No comments:

    Post a Comment