Sunday 9 October 2011

REFLEKSI DEBAT DAN SEMINAR MALAYSIA & NUKLEAR

DEBAT PERDANA
Debat Perdana tentang "Relevankah Tenaga Nuklear Digunakan di Malaysia" telah dijalankan antara pelajar-pelajar kursus Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik) di Makmal Pengajaran Fizik. Dua orang wakil kerajaan dan dua orang wakil pembangkang mewakili pelajar-pelajar lain telah menjalankan debat ini. Butiran Debat Perdana adalah seperti berikut :

Aktiviti  : Debat Perdana
Hari       : Isnin (03/10/2011)
Masa     : 08.00 - 11.00 (pagi)
Tempat : Makmal Pengajaran Fizik

Debat dimulakan dengan usul daripada pihak kerajaan. Setiap wakil diberi masa selama tujuh minit untuk berdebat. Wakil kerajaan dan pembangkang sangat hebat melontarkan hujah masing-masing. Secara keseluruhannya wakil pembangkang lebih menonjol dan hebat melontarkan hujah mereka. Debat Perdana dihangatkan lagi dengan sesi soal jawab. Ramai pihak cuba menyangkal hujah daripada pihak pembangkang dengan menanyakan pelbagai jenis soalan. Nilai-nilai yang boleh diperolehi melalui debat ini ialah sifat kepimpinan, keberanian melontarkan pendapat dan kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan.

SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR
Seminar Malaysia dan Nuklear dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus KPD 3016 , Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik). Butiran seminar adalah seperti di bawah:

Aktiviti : Seminar Malaysia dan Nuklear
Hari      : Selasa (04/10/2011)
Masa     : 8.30 pagi- 12.30 pagi
Tempat : Auditorium Utama UPSI

Seminar ini berjalan dengan lancar dimulakan dengan majlis perasmian seterusnya ceramah nuklear daripada wakil agensi nuklear Malaysia. Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang nuklear yang saya perolehi melalui seminar ini. Pembentangan hasil kajian pelajar juga berjalan dengan lancar dan sangat menarik. Setiap kumpulan menbentangkan hasil kajian mereka dengan penuh semangat. Apa yang saya perolehi daripada seminar ini ialah tenaga nuklear merupakan suatu tenaga yang sangat berguna dan produktif untuk digunakan di Malaysia. Banyak pihak menyatakan keburukan tenaga nuklear namun setelah mengikuti seminar ini saya yakin tenaga nuklear adalah selamat dan boleh digunapakai di Malaysia. Apa yang diperlukan ialah kajian yang lebih mendalam lagi terhadap tenaga ini sebelum ia digunakan.

PELAJARAN MINNGU KE 3

Secara jujurnya, pada minggu ke 3 ni saya tak dapat nak masuk kelas sebab ada program Sambutan Hari Patriotik peringkat UPSI. So, saya sudah ketinggalan 2 hari kelas. Walaubagaimanapun blog tetap perlu di "update", so saya tanya membe kelas apa yang mereka belajar!!!!Secara amnya, apa yang diajar di dalam kelas semuanya ada dalam nota Dr.Nurul. Just baca, tanya kawan dan cuba faham nota tersebut...


MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Matlamat pengajaran membolehkan atau membantu guru untuk memusatkan pengajarannya pada apa yang harus diketahui atau dapat dilakukan murid-muridnya pada akhir kursus atau pada akhir sesuatu pelajaran. Dengan mengetahui matlamat-matlamat pengajaran, murid-murid juga akan dapat memahami dengan jelas mengenai apa yang harus diketahui atau yang dapat dilakukannya. Matlamat boleh diumpamakan sebagai 'peta' yang berupa panduan kepada guru bagi membuat keputusan berhubung dengan apa yang hendak diajar, aspek yang hendak diberi penekanan dan pengalaman pembelajaran yang akan dirancang bagi murid-murid. Ini disebabkan terdapatnya kemungkinan-kemungkinan berhubung dengan kandungan atau isi pelajaran, pembelajaran dan pengajaran sehingga guru menghadapi masalah membuat pilihan berkaitan dengan aspek-aspek yang telah disebutkan tadi.
Sumber : http://www.scribd.com/doc/51008666/3/MATLAMAT-PENGAJARAN


Perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai, disebut sebagai “objektif pengajaran”. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tersusun dan rapi. Seterusnya, kemajuan/perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke masa. Penilaian berterusan ini akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengajaran, pengukuran dan penilaian.


Definisi Kemahiran Proses Sains (KPS)
Kemahiran proses sains sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana ia merupakan satu alat penting untuk mereka meneroka alam sekeliling dan seterusnya membina konsep sains melalui bukti serta data yang diperolehi.
Seorang guru sains mesti menguasai kemahiran proses sains, namun begitu untuk mengenal pasti serta mendefinisikan proses sains bukanlah mudah. Hal ini kerana setiap proses sains tidak berlaku secara bersendirian dan kebiasaannya terdapat beberapa kemahiran proses sains diguna pakai serentak. Bukan mudah untuk mengasingkan satu proses dari yang lain dalam satu aktiviti yang sedang dijalankan.

Definisi Tujuh KPS
Definisi tujuh kemahiran proses sains oleh Institut Fundamental of Inquiry, Exploratorium Science Centre, San Francisco yang dibincangkan dalam portal ini. Kemahiran tersebut ialah;
1. Pemerhatian
Menggunakan deria atau peralatan yang sesuai untuk mengumpul maklumat mengenai objek, sesuatu keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengumpul bukti, mengenal pasti persamaam dan perbezaan, mengkelas, mengukur, dan mengenal pasti pemerhatian yang diperlukan.
Contoh: Senaraikan persamaan dan perbezaan antara ketulan ais kiub dan ais berbentuk bola.
2. Penyoalan
Menjana soalan mengenai sesuatu objek, keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengenali dan bertanyakan soalan yang boleh disiasat; mencadangkan bagaimana jawapan kepada soalan boleh dicari; dan menukarkan soalan supaya ia boleh disiasat.
Contoh: penyoalan "What will happen if we sprinkled salt on ice?"
3. Menerbitkan hipotesis
Memberi penerangan sesuatu kemungkinan berasaskan pengalaman, fenomena, keadaan atau pun sifat semulajadi objek tersebut. Hipotesis boleh diuji. Hipotesis tidak sama dengan ramalan, iaitu ia hasil yang dijangka dari sesuatu keadaan yang spesifik. Walau bagaimanapun hipotesis boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu keadaan. Subkemahiran meliputi membuat inferens, membina model untuk menjelaskan idea, dan menerangkan bukti disebalik hipotesis.
Contoh: Dengan meningkatkan luas permukaan akan menambahkan kadar pencairan ais.
4. Membuat Ramalan
Meramalkan sesuatu dapatan akan datang yang spesifik berdasarkan sesuatu corak, bukti atau hipotesis (satu penjelasan). Ramalan berdasarkan suatu hipotesis boleh digunakan untuk merancang ujian bagi hipotesis tersebut. Ramalan bukan satu tekaan yang tidak berasas.
Subkemahiran kemahiran ini termasuk mengesahkan satu ramalan dalam corak sesuatu bukti dan membuat ramalan untuk menguji sesuatu hipotesis.
Contoh: Air turun dari ketinggian lapan inci akan membawa bersama lebih pasir berbanding daripada ketinggian enam inci. Ramalan ini berasaskan corak yang diperolehi apabila air turun dari ketinggian enam inci membawa lebih banyak pasir berbanding dengan air turun dari empat inci dan seterusnya perbandingan dengan dua inci.
5. Perancangan dan Penyiasatan
Mereka bentuk satu penyiasatan termasuk prosedur untuk mengambil data yang sahih. Perancangan termasuk memikirkan cara untuk menguji hipotesis. Perancangan tidak sentiasa formal.
Subkemahiran termasuk mengenal pasti dan mengawal pembolehubah serta mengguna alat ukur.
Contoh: membuat keputusan meletakan sesudu teh garam di atas ketulan ais dan sesudu teh gula di atas ketulan ais yang hampir serupa, letakkan kedua-duanya bersebelahan dan membuat pemerhatian terhadap kadar pencairan relatif untuk menentukan yang mana satu akan cair lebih pantas
6. Mentafsir
Mengambil kira bukti, menilai dan melakarkan keputusan berdasarkan data.
Subkemahiran termasuk mentafsir data secara statistik, mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh manusia dan eksperimen, menilai hipotesis berasaskan data serta memberi cadangan pengujian seterusnya jika perlu.
Contoh: Setelah menganalisis data pemerhatian kadar pencairan ketulan ais apabila ditabur dengan garam, kesimpulannya garam mengurangkan takat beku air.
7. Komunikasi
Menjelaskan pemerhatian, idea, model teori atau kesimpulan secara bercakap, menulis, melukis, membuat model dan sebagainya.
Subkemahiran termasuk bercakap dengan seseorang yang lebih berilmu, menggunakan punca lain, memberi laporan, membina jadual data, carta dan graf.
Contoh: Menghuraikan hubungan antara masa pencairan bagi ketulan ais dengan jumlah garam yang perlu ditabur di atas ais dengan melukis graf.

Sumber : http://cikguwan.com/kps_01.htm


12 KEMAHIRAN SAINS :
Memerhati
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria
Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya
Mengukur dan menggunakan nombor
Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
Membuat inferens
Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
Meramal
Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul
Berkomunikasi
Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk
Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
Mentafsirkan maklumat
Kebolehan memberi penerangan rasional
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
Mendefinisi secara operasi
Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
Mengawal pembolehubah
Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah
 Membuat hipotesis
Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah
Mengeksperimen
Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis