Sunday, 9 October 2011

REFLEKSI DEBAT DAN SEMINAR MALAYSIA & NUKLEAR

DEBAT PERDANA
Debat Perdana tentang "Relevankah Tenaga Nuklear Digunakan di Malaysia" telah dijalankan antara pelajar-pelajar kursus Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik) di Makmal Pengajaran Fizik. Dua orang wakil kerajaan dan dua orang wakil pembangkang mewakili pelajar-pelajar lain telah menjalankan debat ini. Butiran Debat Perdana adalah seperti berikut :

Aktiviti  : Debat Perdana
Hari       : Isnin (03/10/2011)
Masa     : 08.00 - 11.00 (pagi)
Tempat : Makmal Pengajaran Fizik

Debat dimulakan dengan usul daripada pihak kerajaan. Setiap wakil diberi masa selama tujuh minit untuk berdebat. Wakil kerajaan dan pembangkang sangat hebat melontarkan hujah masing-masing. Secara keseluruhannya wakil pembangkang lebih menonjol dan hebat melontarkan hujah mereka. Debat Perdana dihangatkan lagi dengan sesi soal jawab. Ramai pihak cuba menyangkal hujah daripada pihak pembangkang dengan menanyakan pelbagai jenis soalan. Nilai-nilai yang boleh diperolehi melalui debat ini ialah sifat kepimpinan, keberanian melontarkan pendapat dan kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan.

SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR
Seminar Malaysia dan Nuklear dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus KPD 3016 , Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik). Butiran seminar adalah seperti di bawah:

Aktiviti : Seminar Malaysia dan Nuklear
Hari      : Selasa (04/10/2011)
Masa     : 8.30 pagi- 12.30 pagi
Tempat : Auditorium Utama UPSI

Seminar ini berjalan dengan lancar dimulakan dengan majlis perasmian seterusnya ceramah nuklear daripada wakil agensi nuklear Malaysia. Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang nuklear yang saya perolehi melalui seminar ini. Pembentangan hasil kajian pelajar juga berjalan dengan lancar dan sangat menarik. Setiap kumpulan menbentangkan hasil kajian mereka dengan penuh semangat. Apa yang saya perolehi daripada seminar ini ialah tenaga nuklear merupakan suatu tenaga yang sangat berguna dan produktif untuk digunakan di Malaysia. Banyak pihak menyatakan keburukan tenaga nuklear namun setelah mengikuti seminar ini saya yakin tenaga nuklear adalah selamat dan boleh digunapakai di Malaysia. Apa yang diperlukan ialah kajian yang lebih mendalam lagi terhadap tenaga ini sebelum ia digunakan.

PELAJARAN MINNGU KE 3

Secara jujurnya, pada minggu ke 3 ni saya tak dapat nak masuk kelas sebab ada program Sambutan Hari Patriotik peringkat UPSI. So, saya sudah ketinggalan 2 hari kelas. Walaubagaimanapun blog tetap perlu di "update", so saya tanya membe kelas apa yang mereka belajar!!!!Secara amnya, apa yang diajar di dalam kelas semuanya ada dalam nota Dr.Nurul. Just baca, tanya kawan dan cuba faham nota tersebut...


MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Matlamat pengajaran membolehkan atau membantu guru untuk memusatkan pengajarannya pada apa yang harus diketahui atau dapat dilakukan murid-muridnya pada akhir kursus atau pada akhir sesuatu pelajaran. Dengan mengetahui matlamat-matlamat pengajaran, murid-murid juga akan dapat memahami dengan jelas mengenai apa yang harus diketahui atau yang dapat dilakukannya. Matlamat boleh diumpamakan sebagai 'peta' yang berupa panduan kepada guru bagi membuat keputusan berhubung dengan apa yang hendak diajar, aspek yang hendak diberi penekanan dan pengalaman pembelajaran yang akan dirancang bagi murid-murid. Ini disebabkan terdapatnya kemungkinan-kemungkinan berhubung dengan kandungan atau isi pelajaran, pembelajaran dan pengajaran sehingga guru menghadapi masalah membuat pilihan berkaitan dengan aspek-aspek yang telah disebutkan tadi.
Sumber : http://www.scribd.com/doc/51008666/3/MATLAMAT-PENGAJARAN


Perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai, disebut sebagai “objektif pengajaran”. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tersusun dan rapi. Seterusnya, kemajuan/perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke masa. Penilaian berterusan ini akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengajaran, pengukuran dan penilaian.


Definisi Kemahiran Proses Sains (KPS)
Kemahiran proses sains sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana ia merupakan satu alat penting untuk mereka meneroka alam sekeliling dan seterusnya membina konsep sains melalui bukti serta data yang diperolehi.
Seorang guru sains mesti menguasai kemahiran proses sains, namun begitu untuk mengenal pasti serta mendefinisikan proses sains bukanlah mudah. Hal ini kerana setiap proses sains tidak berlaku secara bersendirian dan kebiasaannya terdapat beberapa kemahiran proses sains diguna pakai serentak. Bukan mudah untuk mengasingkan satu proses dari yang lain dalam satu aktiviti yang sedang dijalankan.

Definisi Tujuh KPS
Definisi tujuh kemahiran proses sains oleh Institut Fundamental of Inquiry, Exploratorium Science Centre, San Francisco yang dibincangkan dalam portal ini. Kemahiran tersebut ialah;
1. Pemerhatian
Menggunakan deria atau peralatan yang sesuai untuk mengumpul maklumat mengenai objek, sesuatu keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengumpul bukti, mengenal pasti persamaam dan perbezaan, mengkelas, mengukur, dan mengenal pasti pemerhatian yang diperlukan.
Contoh: Senaraikan persamaan dan perbezaan antara ketulan ais kiub dan ais berbentuk bola.
2. Penyoalan
Menjana soalan mengenai sesuatu objek, keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengenali dan bertanyakan soalan yang boleh disiasat; mencadangkan bagaimana jawapan kepada soalan boleh dicari; dan menukarkan soalan supaya ia boleh disiasat.
Contoh: penyoalan "What will happen if we sprinkled salt on ice?"
3. Menerbitkan hipotesis
Memberi penerangan sesuatu kemungkinan berasaskan pengalaman, fenomena, keadaan atau pun sifat semulajadi objek tersebut. Hipotesis boleh diuji. Hipotesis tidak sama dengan ramalan, iaitu ia hasil yang dijangka dari sesuatu keadaan yang spesifik. Walau bagaimanapun hipotesis boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu keadaan. Subkemahiran meliputi membuat inferens, membina model untuk menjelaskan idea, dan menerangkan bukti disebalik hipotesis.
Contoh: Dengan meningkatkan luas permukaan akan menambahkan kadar pencairan ais.
4. Membuat Ramalan
Meramalkan sesuatu dapatan akan datang yang spesifik berdasarkan sesuatu corak, bukti atau hipotesis (satu penjelasan). Ramalan berdasarkan suatu hipotesis boleh digunakan untuk merancang ujian bagi hipotesis tersebut. Ramalan bukan satu tekaan yang tidak berasas.
Subkemahiran kemahiran ini termasuk mengesahkan satu ramalan dalam corak sesuatu bukti dan membuat ramalan untuk menguji sesuatu hipotesis.
Contoh: Air turun dari ketinggian lapan inci akan membawa bersama lebih pasir berbanding daripada ketinggian enam inci. Ramalan ini berasaskan corak yang diperolehi apabila air turun dari ketinggian enam inci membawa lebih banyak pasir berbanding dengan air turun dari empat inci dan seterusnya perbandingan dengan dua inci.
5. Perancangan dan Penyiasatan
Mereka bentuk satu penyiasatan termasuk prosedur untuk mengambil data yang sahih. Perancangan termasuk memikirkan cara untuk menguji hipotesis. Perancangan tidak sentiasa formal.
Subkemahiran termasuk mengenal pasti dan mengawal pembolehubah serta mengguna alat ukur.
Contoh: membuat keputusan meletakan sesudu teh garam di atas ketulan ais dan sesudu teh gula di atas ketulan ais yang hampir serupa, letakkan kedua-duanya bersebelahan dan membuat pemerhatian terhadap kadar pencairan relatif untuk menentukan yang mana satu akan cair lebih pantas
6. Mentafsir
Mengambil kira bukti, menilai dan melakarkan keputusan berdasarkan data.
Subkemahiran termasuk mentafsir data secara statistik, mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh manusia dan eksperimen, menilai hipotesis berasaskan data serta memberi cadangan pengujian seterusnya jika perlu.
Contoh: Setelah menganalisis data pemerhatian kadar pencairan ketulan ais apabila ditabur dengan garam, kesimpulannya garam mengurangkan takat beku air.
7. Komunikasi
Menjelaskan pemerhatian, idea, model teori atau kesimpulan secara bercakap, menulis, melukis, membuat model dan sebagainya.
Subkemahiran termasuk bercakap dengan seseorang yang lebih berilmu, menggunakan punca lain, memberi laporan, membina jadual data, carta dan graf.
Contoh: Menghuraikan hubungan antara masa pencairan bagi ketulan ais dengan jumlah garam yang perlu ditabur di atas ais dengan melukis graf.

Sumber : http://cikguwan.com/kps_01.htm


12 KEMAHIRAN SAINS :
Memerhati
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria
Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya
Mengukur dan menggunakan nombor
Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
Membuat inferens
Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
Meramal
Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul
Berkomunikasi
Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk
Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
Mentafsirkan maklumat
Kebolehan memberi penerangan rasional
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
Mendefinisi secara operasi
Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
Mengawal pembolehubah
Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah
 Membuat hipotesis
Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah
Mengeksperimen
Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis




Tuesday, 27 September 2011

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

PELAJARAN HARI INI (22 SEPTEMBER 2011)
Hari ini saya belajar tentang model instruksi / pengajaran. Terdapat beberapa asas pembinaan model instruksi / pengajaran. Antaranya ialah :
  • Berasaskan teori pembelajaran (behavioris, kognitivis, humanis, sosialis, konstruktivis)
  • Berasaskan pemusatan guru atau pelajar
  • Berasaskan bilangan pelajar (beramai-ramai, berkumpulan, individu)
  • Berasaskan darjah penstrukturan (degree of structuredness)

Hari ini di dalam kelas, pensyarah lebih menekankan model instruksi / pengajaran yang berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme = proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina pengetahuan ikut pengalaman. Pembelajaran hasil daripada usaha murid sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.

Untuk memahami pengajaran dengan berkesan, pelajar perlu mencapai ketiga-tiga aspek berikut :
  • minds-on
  • hands-on
  • hearts-on

Prinsip asas konstruktivisme
  •  Pelajar membina, meruntuh dan membina semula pengetahuan pelajar sendiri
  • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
  • Pembelajaran berlaku apabila pelajar menstruktur semula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Prinsip pembelajaran konstruktivisme
  •  Pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif
  • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial
  •  Pembelajaran melibatkan usaha
  • Pembelajaran perlu ada konteks
  • Pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar
 

    Monday, 26 September 2011

    PELAJARAN HARI INI - 20 SEPT 2011

    Hari ini saya meneruskan pelajaran bersama Dr.Nurul untuk mendalami lagi ilmu penaksiran dan yang berkaitan dengannya. Hari ini saya mempelajari 5 perkara baru selain 'Penaksiran' iaitu :
    • Pendidikan
    • Pengajaran
    • Pembelajaran
    • Instruksi
    • Teknologi
    Kelima-lima perkara ini termasuk penaksiran saling berkait rapat antara satu sama lain. Pengajaran, pembelajaran, instruksi, teknologi dan penaksiran merupakan elemen-elemen yang terdapat dalam sistem pendidikan. Jadual di bawah menunjukkan apa yang telah saya pelajari dan dapati dalam kelas pada hari ini.


    What you know
    What you want to know
    How to find out
    What you learned
    Assessment 
    What is assessment?

    What is the relationship between assessment and learning?

    what is teaching?

    What is education?

    What is technology?

    What is learning?

    What is instruction?
    By finding information in internet

    By finding information from books,articles,newspaper,etc

    By asking lecterur, friends and etc
    Belajar tentang konsep dan maksud pendidikan,pengajaran, pembelajaran,instruksi,teknologi dan penaksiran.

    Dapat menerangkan tentang perkaitan kelima-lima perkara di atas.

    Mengetahui bahawa teknologi bukan hanya alat semata-mata tetapi ia juga merupakan suatu idea atau sumber untuk pengajaran dan pembelajaran.

    Intruksi merupakan suatu arahan yang berkaitan dengan pengajaran dan ia bukan hanya datang dari guru sahaja. Instruksi boleh datang dari medium lain seperti melalui komputer dan sebagainya.

    Friday, 16 September 2011

    WHAT IS ENERGY???

    Energy is the capacity to do work. When we do some work, we are applying some energy on it. Energy is a conserved quantity which means that the total amount of energy in the universe is a constant. Energy cannot be created or destroyed but only can be changed or redistributed from one form to another.


    For example : WIND ENERGY - ELECTRICAL ENERGY


    Energy is the key ingredient to any activity. Adequacy of energy supply is important for acceleration of economic development. However, the used of energy produces some undesirable impacts on the environment and climate.


    Statistic showed that the demand of energy is increased due to the increase of the human life. The increment is about 65% (1996-2020). Developing countries needs more energy as compared with developed countries.



    BAGAIMANA KENIDUPAN TANPA TENAGA???
    Pernahkan anda membayangkan hidup anda tanpa sebarang tenaga? Wah, pasti dapat dibayangkan bagaimana teruknya kehidupan tanpa tenaga. Tenaga secara fiziknya ditafsirkan sebagai keupayaan melakukan kerja. Semakin banyak tenaga semakin cepatlah kita melakukan kerja. Dalam konteks ini, kita ingin membincangkan tentang tenaga yang memenuhi keperluan kita seperti tenaga elektrik, tenaga haba dan sebagainya. Kehidupan kita pasti jadi hura-hara tanpa sebarang tenaga. Tanpa tenaga segala urusan tidak dapat dilaksanakan. Kilang-kilang pemprosesan tidak dapat beroperasi tanpa bekalan tenaga elektrik. Lalu lintas jadi hura-hara kerana tiada lampu isyarat sebagai panduan para pemandu. Kita akan kembali ke zaman dulu kala tanpa sebarang tenaga seperti tenaga elektrik yang mana merupakan tenaga yang sangat penting kepada manusia kerana segala urusan pekerjaan bergantung terhadapnya. Dunia ini pasti gelap gelita tanpa cahaya daripada lampu-lampu yang menerangi kegelapan malam. Kita akan mula menghasilkan api daripada pelita atau unggun api. 
     
            Selain itu kehidupan manusia jadi mundur dan tidak dapat berkembang. Kita akan jadi masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan dan segala-galanya jadi terbatas tanpa tenaga. Kehidupan juga tidak berkembang maju. Penyakit berleluasa tanpa kawalan dan kita tidak mampu bergerak jauh.

    Imagine a Life Without Energy

     


    BAGAIMANAKAH KEKURANGAN TENAGA MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KITA???
    Sejak Malaysia merdeka, negara kita semakin mengalami transformasi dan menuju ke arah negara yang membangun.Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kaya dengan sumber alam yang boleh dimajukan untuk menjadi sumber tenaga.Namun, pernahkah kita bayangkan kehidupan kita sekiranya sumber tenaga ini semakin berkurangan?Pasti kehidupan kita menjadi porak-peranda dan tidak tentu arah.Manusia pasti berebut-rebut untuk menggunakan sumber tenaga yang semakin terhad.Sebagai contoh,sumber tenaga elektrik yang semakin terhad menyebabkan segala urusan menjadi terbatas.Kilang-kilang tidak dapat beroperasi sepenuhnya.Lalu lintas menjadi tidak terkawal.Segala urusan yang melibatkan transaksi bank menjadi terbatas.Lapangan-lapangan terbang terpaksa menghadkan jadual penerbangannya dan banyak lagi implikasi yang boleh berlaku.Selain itu, kenaikan harga tenaga elektrik juga akan berlaku dan masyarakat dunia terpaksa menanggung serta membayar kos penggunaan bil elektrik yang semakin tinggi.Berkemungkinan juga terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk mendapatkan keuntungan tersendiri

    WAJARKAH TENAGA NUKLEAR MENJADI TENAGA DOMINAN DI MALAYSIA???
    Melalui info yang saya perolehi daripada wikipedia, ia ada menyebut bahawa tenaga nuklear kadangkala disebut sebagai tenaga atom merupakan sejenis tenaga yang mengikat nukleas sesebuah atom.Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

              Bagi pendapat saya, tenaga nuklear boleh dijadikan sebagai sumber tenaga dominan di Malaysia.Isu ini sememangnya telah hangat diperkatakan kerana kebanyakan masyarakat Malaysia memandang tenaga nuklear sebagai satu tenaga yang membawa banyak keburukan kepada mereka.Kita rakyat Malaysia kurang didedahkan dengan kebaikan tenaga nuklear sebaliknya kita lebih banyak terdedah kepada keburukan tenaga tersebut.Kita dikejutkan dengan pelbagai bencana nuklear seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.Loji nuklear mereka telah meletup dan terbakar akibat tsunami yang melanda negara tersebut sehingga menyebabkan kebocoran radiasi yang membahayakan kesihatan mereka.Jika difikir logik, Malaysia bebas dari bencana alam yang teruk seperti gempa, tsunami dan sebagainya.Pembinaan tenaga nuklear jika difikir secara lebih mendalam boleh membawa keuntungan jangka pangjang kepada negara kerana ia mampu menghasilkan sejumlah tenaga yang banyak hanya dengan kuantiti yang sedikit bagi menampung keperluan negara.Jadi, mengapa tidak kita cuba menyelidiki lebih lanjut lagi tentang idea menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga dominan di Malaysia.